Halaman Tutorial Mimistitch

Halaman ini Mimi akan kemas kini dari masa ke semasa sekiranya ada pertambahan tutorial ya. 

Untuk kemudahan sis, Mimi sarankan sis bookmark page atau save link page ni untuk rujukan ketika perlu.

Cara tekap dan potong pola.

Pola lengan untuk bayi dan kanak-kanak Mimistitch ni 2 dalam 1. Ada lengan pendek dan panjang. Boleh rujuk lampiran nota dan gambar di bawah.

Langkah-langkah menjahit baju leher getah.

Ukuran Getah untuk Leher

Sekiranya ada printer, boleh klik butang Download di bawah untuk print panduan ini.

Panduan Saiz Mengikut Umur Kanak-kanak.

Untuk pola saiz kanak-kanak, boleh rujuk jadual di bawah ni ya untuk tahu anggaran saiz yang sesuai untuk umur pemakai.

Video Tutorial Mimistitch

Cara Potong Kain guna Pola Mimistitch

1. Panduan asas menjahit baju leher getah.

Pola yang kami sediakan ialah pola baju lengan panjang. Anda boleh kurangkan ukuran lengan untuk buat lengan pendek.

2. Panduan tambah getah di pinggang baju leher getah.

Ukuran getah pinggang ni adalah anggaran sahaja. Untuk hasil yang lebih kemas dan selesa, gunakan ukuran pinggang pada badan pemakai

3. Panduan buat baju leher ruffle (tanpa lengan).

Untuk buat ruffle tanpa lengan, cara untuk potong kain boleh rujuk gambarajah di bawah.

4. Panduan buat baju leher ruffle (ada lengan).

Bonus tutorial!

Cara jahit Diaper Cover

Selepas potong kain mengikut pola diaper cover, boleh ikut langkah untuk jahit seperti video di bawah.

Pola Seluar Pinggang Getah

(Pola seluar out of stock)

Nak dapatkan pola seluar? Boleh whatsapp Mimi untuk tempahan. Pola seluar stok tak banyak ye, siapa cepat dia dapat. 💪

Bonus Tutorial Tanpa Pola!

Butterfly Dress Simple

Tutorial ni Mimi kongsikan dari Youtube channel Tuğba İşler. Boleh rujuk gambar yang Mimi letak sebagai panduan untuk saiz baju. Semoga bermanfaat!

Boleh tekap baju yang biasa di pakai untuk jadikan panduan saiz.

Untuk tengok tutorial lengkap boleh tengok video di bawah ni ya.

Mimi harap dengan bantuan tutorial-tutorial ini dapat membantu sis untuk menguasai asas menjahit baju leher getah ini. 

Dengan kreativiti tersendiri, sis boleh olah baju n kepada dress, blouse, gown, baju peplum, jubah dan lain-lain. Jangan lupa share dengan Mimi tau!

Sekiranya sis ada idea atau sebarang kritikan jangan segan untuk bagitau Mimi ya, supaya kita sama-sama dapat menambah ilmu.

 

Terima kasih!